eVULX Dasar Privasi
Notis Berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
- Pengenalan
- eVULX International Sdn. Bhd (selepas ini dirujukkan sebagai “eVULX” atau “kita” atau “kami” mengambil berat terhadap data peribadi dan privasi anda. Notis ini dikeluarkan selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Kami komited untuk mengendalikan data peribadi anda menurut undang-undang yang terpakai apabila anda menggunakan mana-mana ciri, fungsi, aplikasi mini atau aplikasi mudah alih yang tersedia di Portal atau Platform atau Perkhidmatan berkenaan dengan kami, berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan luar, aplikasi, atau melalui Pembekal Kandungan, atau akses Perkhidmatan kami atau Platform kami melalui komputer, peranti mudah alih anda atau mana-mana peranti lain dengan sambungan Internet anda.
- Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti. Dengan mengklik “Saya Bersetuju” atau menanda “Daftar”, atau dengan menerima Terma Penggunaan, atau anda bersetuju dengan menggunakan Portal atau Platform atau Perkhidmatan kami, atau anda akses Portal atau Platform atau Perkhidmatan kami, atau anda bersetuju untuk menjadi ahli-ahli kami sebagai Pembekal Kandungan (jika anda adalah Pembekal Kandungan kami), anda (selepas ini dirujukkan sebagai “anda”) telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pengekalan, pemindahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan dinyatakan di dalam, dan di bawah terma-terma Dasar Privasi ini dan/atau terma-terma dan syarat-syarat untuk penggunaan atau akses Portal atau Platform atau Perkhidmatan kami. Anda dengan ini memperakui dan menjamin bahawa anda telah membaca dan memahami kesemua terma-terma Dasar Privasi ini, termasuk semua kesan-kesan dinyatakan di dalam, dan anda bersetuju dengan terma-terma Dasar Privasi ini dan bersetuju untuk terikat oleh Dasar Privasi ini.
1.4. Sepanjang penggunaan anda terhadap Portal atau Platform kami (termasuk semua aplikasi-aplikasi dan laman sesawang kami (kedua-dua versi mudah alih dan laman), serta produk, maklumat, fungsi dan perkhidmatan lain yang dikendalikan oleh eVULX (atau Pembekal Kandungannya) atau Perkhidmatan, kami akan mengumpul, mengguna, menzahirkan, menyimpan dan/atau memproses data, termasuk data peribadi anda. Di dalam Dasar Peribadi ini, “Portal” atau “Platform” merujuk kepada segala produk, maklumat, fungsi dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh eVULX atau Pembekal Kandungannya dari semasa ke semasa di Platform.
1.5. Dasar Privasi ini wujud bagi memaklumkan anda tentang bagaimana kami mengumpul, mengguna, menzahirkan, menyimpan dan/atau memproses data yang kami kumpul dan terima dalam menyediakan Perkhidmatan atau akses Platform kepada anda, (sama ada anda pengguna kami atau Pembekal Kandungan atau ahli-ahli kami), sama ada anda berdaftar untuk mengguna Perkhidmatan kami. Kami hanya akan mengumpul, mengguna, menzahirkan, menyimpan dan/atau memproses data peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini.
1.6. Anda MESTI membaca Dasar Privasi ini (termasuk semua pengubahsuaian, pemindaan, perubahan dan/atau pengemaskinian yang mungkin dibuat oleh kami dari semasa ke semasa) bersama-sama dengan apa jua notis terpakai yang mungkin kami sediakan untuk aplikasi khusus (jika ada) supaya anda mengambil maklum sepenuhnya bagaimana dan mengapa kami menggunakan data peribadi anda.
1.7. Kami mungkin akan mengubahsuai, meminda, berubah dan/atau mengemaskini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Apa-apa pengubahsuaian, pemindaan, perubahan dan/atau pengemaskinian kepada Dasar Privasi ini, akan dimuat naik ke atas Portal atau Platform kami. Penggunaan Perkhimatan kami secara berterusan atau akses di Portal atau Platform kami oleh anda atau secara Pembekal Kandungan atau ahli-ahli kami, anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima dan bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat pengubahsuaian, pemindaan, perubahan dan/atau pengemaskinian kepada Dasar Privasi ini. Anda tanpa syarat dan dengan nyata memperakui dan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk membaca, mengkaji dan menyemak Dasar Privasi ini, termasuk pengubahsuaian, pemindaan, perubahan dan/atau pengemaskinian setiap kali anda menggunakan Perkhimatan kami atau mengakses Portal atau Platform kami atau dengan secara terus untuk mengekalkan keahlian dengan kami.
1.8. Dasar Privasi ini akan membentuk sebahagian dan sebahagian penting kepada terma-terma dengan notis-notis lain, terma-terma kontrak dan syarat-syarat dan klausa-klausa persetujuan, termasuk terma-terma yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan penzahiran dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami, dan tidak diniatkan untuk mengatasi notis-notis dan klausa-klausa tersebut melainkan jika kami menyatakan secara nyata sebaliknya.
1.9. Semua terma ini terpakai kepada semua pengguna eVULX, sama ada pengguna-pengguna telah membuka akaun dengan kami, dan semua Pembekal Kandungan kami dan/atau ahli-ahli kami.
- Penerangan Data Peribadi yang kami mungkin mengumpul daripada anda
2.1 Data peribadi anda yang kami mengumpul mungkin termasuk:
(a) Apa-apa maklumat mengenai seseorang individu (sama ada direkodkan dalam bentuk bahan atau sebaliknya, dan tidak kira sama ada betul atau tidak), identiti seseorang individu boleh dikenalpasti dari data tersebut (sama ada secara langsung atau tidak langsung) atau dari data tersebut dan data lain kepadanya kami mempunyai atau berkemungkinan mempunyai akses;
(b) Data tersebut (termasuk data sensitif) mungkin termasuk maklumat berkenaan dengan butir-butir peribadi anda (seperti nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, nombor passport, tarikh lahir, pendidikan, bangsa, keturunan, warganegara, kerakyatan), butir-butir hubungan (seperti alamat, e-mel, nombor telefon), maklumat keluarga (seperti status perkahwinan, nama suami isteri atau anak atau keluarga terdekat), butir-butir pekerjaan (seperti nama majikan, lingkungan pendapatan, jawatan, tanggungjawab kerja, maklumat hubungan dan alamat majikan); dan
(c) Maklumat-maklumat lain yang kami mungkin meminta dari semasa ke semasa untuk maklumat peribadi tertentu yang mungkin relevan untuk akses Portal atau Platform kami, atau penggunan Perkhidmatan kami.
2.2 Anda mungkin telah membekalkan dan boleh terus dari semasa ke semasa, membekalkan kami dengan maklumat dan data peribadi anda yang berkaitan dengan anda menjadi ahli atau Pembekal Kandungan kami, atau pengguna Portal atau Platform kami, atau pengunaan Perkhidmatan yang disediakan oleh kami atau mematuhi dengan mana-mana undang-undang, garis panduan atau permintaan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa kawal selia atau lain-lain pihak berkuasa. Lawatan anda ke Portal atau Platform atau laman sesawang kami mungkin akan direkodkan untuk analisa bilangan pelawat ke laman tersebut dan corak penggunaan umum. Sebahagian daripada maklumat ini akan dikumpul melalui penggunaan “cookies”.
2.3 Bergantung pada penggunaan Portal atau Platform kami oleh anda dan/atau interaksi anda terhadap Perkhidmatan kami (seperti semasa mendaftar untuk Perkhidmatan kami dan/atau log masuk ke Portal atau Platform kami), anda mungkin diminta untuk memberikan kami maklumat atau data peribadi tertentu. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan kami maklumat atau data peribadi tertentu. Tetapi, anda mungkin tidak dapat menikmati manfaat daripada banyak Perkhidmatan kami yang dibekalkan kepada anda atau akses di Portal atau Platform kami. Data peribadi yang anda boleh memilih untuk memberikan kepada kami adalah seperti berikut:
(a) Data Identiti dan Profil, yang mungkin termasuk nama, tarikh lahir, jantina, nama pengguna dan kata laluan, alamat e-mel, nombor telephone anda, minat anda, profesion anda, sifat perniagaan, butir-butir yang berkenaan dengan profesion atau perniagaan anda dan sebarang data peribadi dalam mana-mana gambar atau video atau rakaman audio yang anda muat naik ke atas Portal atau Platform kami.
- Di mana anda adalah seorang Pembekal Kandungan ataupun ahli kami, kami juga mungkin mengumpul nama syarikat/ perniagaan anda, alamat, tarikh perbadanan, dan maklumat lain yang berkaitan dengan perniagaan (termasuk nombor pendaftaran syarikat, lessen perniagaan, maklumat cukai, maklumat pemegang saham dan pengarah atau maklumat pemiliknya).
(b) Data Penggunaan, seperti maklumat berkenaan dengan bagaimana dan bila anda menggunakan Portal atau Platform dan Perkhidmatan, dan/atau laman sesawang yang anda lawati sebelum anda melayari Portal atau Platform kami dan statistic lain yang serupanya.
- Di mana anda adalah seorang Pembekal Kandungan atau ahli kami, kami juga mungkin mengumpul maklumat berkaitan dengan penyenaraian anda atau profil di Portal atau Platform dan/atau penerbitan.
(c) Data Pemasaran dan Komunikasi, yang mungkin termasuk minat, jawapan tinjauan, pilihan anda untuk menerima bahan pemasaran dari kami dan pilihan komunikasi, pilihan untuk produk atau perkhidmatan tertentu anda dan maklum balas, chat, emel atau sejarah panggilan di Portal atau Platform kami atau dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga.
(d) Data Lokasi, seperti masa dan tempat apabila anda mengakses Portal atau Platform kami, atau kawasan yang memerlukan Perkhidmatan kami.
2.4 Kami secara automatik mengumpul dan memproses jenis maklumat tertentu apabila anda menggunakan peranti anda untuk mengakses atau berinteraksi Portal atau Platform kami dan penggunaan Perkhidmatan kami untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini atau di Terma-terma Penggunaan.
2.5 Anda boleh memilih untuk menyediakan/ membekalkan atau tidak untuk menyediakan/ membekalkan maklumat dan data peribadi anda kepada kami. Kegagalan untuk menyediakan/ membekalkan maklumat dan data tersebut boleh menyebabkan kita untuk tidak membenarkan anda untuk terus menjadi Pembekal Kandungan atau ahli kami, atau untuk menyenaraikan profil anda, atau untuk mengguna Portal atau Platform kami, atau untuk mengguna Perkhidmatan kami.
2.6 Apabila anda menyediakan atau membekalkan kepada kami maklumat dan data peribadi anda, anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pengekalan, pemindahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan dinyatakan di dalam ini.
- Bagaimana kami menerima data peribadi anda
3.1 Sepanjang penggunaan Portal atau Platform oleh anda, dan/atau pengunaan Perkhidmatan kami oleh anda, kami mungkin menerima maklumat dan data peribadi daripada anda apabila:
(a) Anda melayari Portal, Platform atau laman sesawang kami (kedua-dua versi mudah alih dan laman);
(b) Anda mengaktifkan atau menggunakan apa-apa fungsi yang sedia ada di Portal atau Platform atau yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami;
(c) Anda menggunakan apa-apa ciri-ciri, fungsi-fungsi, aplikasi mini atau aplikasi mudah alih yang sedia ada di Portal, Platform atau Perkhidmatan kami;
(d) Anda merekodkan apa-apa kandungan yang dihasilkan oleh pengguna yang dimuat naik ke atas Portal atau Platform;
(e) Anda membuka (di mana berkenaan) dengan kami (sebagai Pembekal Kandungan atau ahli atau sebaliknya);
(f) Anda log masuk ke dalam akaun anda dalam Portal atau Platform atau sebaliknya berinteraksi dengan kami melalui perkhidmatan atau aplikasi luar, seperti Facebook atau Google;
(g) Mana-mana pengguna lain di Platform menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan yang anda muat naik ke atas Platform atau apabila anda menyiarkan sebarang komen mengenai kandungan pengguna lain yang dimuat naik ke atas Platform;
(h) Anda, sebagai ahli atau Pembekal Kandungan kami, menyenaraikan produk dan/atau perkhidmatan atau profil anda di Portal atau Platform dan/atau pada platform sekutu-sekutu kami dan menjalankan transaksi dengan ahli atau Pembekal Kandungan kami;
(i) Anda memohon, mendaftar atau sebaliknya menggunakan apa-apa Perkhidmatan di Portal atau Platform kami dan/atau pada platform sekutu-sekutu kami;
(j) Anda melakukan satu transaksi bagi produk atau perkhidmatan yang ada di Portal atau Platform;
(k) Anda menggunakan fungsi perbualan di Portal atau Platform;
(l) Anda berinteraksi dengan kami di dalam atau luar talian, termasuklah apabila anda berinterkasi dengan Pembekal Kandungan atau pembekal perkhidmatan kami;
(l) Anda mendaftar penerbitan, pengiklanan atau bahan-bahan pemasaran kami;
(m) Anda menyertai pertandingan, promosi atau kaji selidik;
(n) Anda menyertai sebarang aktiviti atau kempen di atas Platform dan/atau;
(o) Pihak ketiga membuat aduan terhadap anda atau kandungan yang telah anda muat naik ke atas Portal atau Platform.
3.2 Kami mungkin menerima atau memproses maklumat dan data peribadi daripada anda, pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan, ejen, pembekal, vendor, kontraktor dan rakan kongsi, pihak yang mengumpul maklumat dan data peribadi anda dan/atau melaksanakan fungsi bagi kami, atau dengannya kami bekerjasama, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan, pemasaran dan rakan-rakan perkhidmatan penghantaran lain-lain), sekutu-sekutu kami, atau data yang mungkin dikumpul secara automatik apabila anda menggunakan Portal atau Platform atau Perkhimatan, seperti yang dinyatakan di seksyen ini.
3.3. Kami atau pembekal-pembekal perkhidmatan kami yang diberikuasa mungkin menggunakan cookies, web beacons, dan teknologi-teknologi yang serupa berhubung dengan penggunaan akses anda di Portal atau Platform, atau untuk menyenaraikan profil anda di Portal atau Platfom, atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda.
3.4 Apabila anda mengakses Portal atau Platform atau laman sesawang kami melalui komputer, peranti mudah alih, atau apa-apa peranti anda dengan sambungan Internet, server syarikat kami akan secara automatik merakam data yang dihantar oleh pelayar internet anda apabila anda melayari suatu laman sesawang, seperti data teknikal dan penggunaan data seperti yang digariskan di atas. Data ini dikumpul untuk analisis dan penilaian untuk membantu kami mempertingkatkan Portal atau Platform atau laman sesawang dan Perkhidmatan kami, dan juga untuk membantu kami untuk mempersonalisasikan kandungan Portal atau Platform atau Perkhidmatan dan memadan dengan pilihan anda dengan lebih pantas. Data ini juga dikumpul untuk memberi Portal atau Platform atau Perkhidmatan yang lebih mudah dan berguna untuk anda, dan untuk membekalkan pengiklanan pemasaran produk, perkhidmatan dan ciri-ciri yang lebih relevan kepada anda.
3.5 Cookies dan web beacons mungkin termasuk dalam Portal dan Platform kami untuk mengenali sesuatu peranti atau pelayar Internet dan untuk mengira jumlah pengguna yang telah melihat laman sesawang kami supaya kami dapat lebih memahami pilihan dan minat anda.
3.6. Anda boleh menguruskan dan memadam cookies melalui tetapan pelayar internet atau peranti anda. Cookies yang tertentu adalah diperlukan untuk mengaktifkan fungsi utama. Pemadaman cookies mungkin akan menjejaskan fungsi yang sedia ada di Portal dan Platform atau melalui Perkhidmatan kami.
3.7 Sepanjang penggunaan Portal atau Platform oleh anda dan penyediaan Perkhidmatan oleh kami, anda bersetuju bahawa anda telah memberikan persetujuan (sama ada kepada kami, pihak ketiga atau sekutu kami) untuk pemindahan maklumat dan data peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga dan/atau sekutu-kutu kami kepada eVULX bagi tujuan-tujuan dinyatakan dalam Dasar Privasi ini atau di terma-terma yang lain.
3.8 Anda tanpa syarat dan dengan nyata bersetuju, membuat representasi dan jaminan bahawa anda hanya akan menyerahkan maklumat dan data peribadi yang tepat dan tidak mengelirukan dan memastikan data peribadi adalah terkini dan memaklumkan kepada kami mengenai sebarang perubahan terhadap maklumat dan data peribadi yang diberikan kepada kami oleh anda. Kami berhak untuk meminta dokumentasi dan melakukan pemeriksaan yang diperlukan untuk mengesahkan data peribadi yang anda berikan sebagai sebahagian proses pengesahan pengguna kami atau seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang. Untuk mengelakkan keraguan, anda tanpa syarat dan dengan nyata bersetuju bahawa kami tidak diwajibkan untuk mengesahkan ketepatan maklumat dan data peribadi anda.
3.9 Kami hanya boleh mengumpul kategori data peribadi anda tertentu jika anda memberikan maklumat dan data peribadi anda kepada kami atau sebaliknya yang dibekalkan di bawah Dasar Privasi ini. Jika anda memilih untuk tidak memberikan data peribada anda kepada kami atau seterusnya menarik balik persetujuan anda terhadap penggunaan maklumat dan data peribadi anda oleh kami, kami mungkin tidak dapat memberikan ciri atau fungsi tertentu Perkhidmatan kami atau akses kepada atau penggunaan Portal atau Platform kepada anda.
3.10 Sekiranya anda memberikan maklumat atau data peribadi pihak-pihak lain kepada kami (seperti ahli keluarga atau rakan-rakan atau individu-individu dalam senarai kenalan anda), anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima, membuat representasi dan jaminan bahawa anda telah memperoleh persetujuan, kewenangan, lesen dan kebenaran yang perlu daripada pihak-pihak tersebut untuk menzahirkan, berkongsi dan memindahkan data peribadinya kepada kami, dan untuk kami mengumpul, menyimpan, menggunakan, menzahirkan atau sebaliknya memproses maklumat dan data tersebut selaras dengan Dasar Privasi ini.
- Tujuan
4.1 Tujuan kami dengan pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan maklumat dan data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(1) Untuk melaksanakan obligasi kontrak dan penerusan obligasi kontrak tersebut;
(2) Untuk mentadbir dan memberi kesan kepada transaksi anda dengan kami dan Pembekal Kandungan;
(3) Untuk mentadbir dan/atau membekalkan Perkhimatan dan/atau semua perkhidmatan yang berkaitan atau timbul daripada Perkhidmatan tersebut;
(4) Untuk mempertingkatkan Perkhidmatan kami;
(5) Untuk berkomunikasi dengan anda;
(6) Untuk memudahkan komunikasi atau perhubungan antara pengguna dan ahli/ Pembekal Kandungan kami;
(7) Untuk memudahkan akses atau penggunaan anda di Portal atau Platform, dan penggunaan Perkhidmatan kami;
(8) Untuk mentadbir akaun dalam talian yang mungkin dibuka oleh anda dengan kami;
(9) Untuk menjalankan analisis, penyelidikan, perniagaan dan pembangunan;
(10) Untuk menjalankan tinjauan, termasuk melaksanakan penyelidikan ke atas demografi dan tingkah laku para pengguna kami untuk memperbaiki teknologi sedia ada kami (sebagai contoh teknologi pengecaman suara dan sebagainya) melalui pembelajaran mesin atau cara-cara lain;
(11) Untuk memperbaiki susun atur atau kandungan halaman Portal atau Platform dan menyesuaikannya untuk pengguna;
(12) Untuk mengenalpasti pelawat di Portal atau Platform;
(13) Untuk membekalkan anda (atau syarikat atau perniagaan anda, jika berkenaan) dengan maklumat dan/atau pengemaskinian di Perkhimatan dan/atau tawaran produk kepada anda oleh kami atau sekutu-sekutunya yang berkaitan dengan kami atau Pembekal Kandungan kami;
(14) Untuk memperoleh atribut-atribut lanjutan berhubung dengan anda berdasarkan data peribadi yang anda berikan (sama ada kepada kami atau pihak-pihak ketiga), untuk memberikan anda maklumat yang lebih disasarkan dan/atau relevan;
(15) Untuk menjalankan data analisis, ujian dan penyelidikan, pemantauan dan analisis penggunaan dan trend aktiviti;
(16) Untuk mengembangkan perkhidmatan kami;
(17) Untuk tujuan undang-undang dan operasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(a) Untuk memperolehi nasihat undang-undang dan/atau kewangan;
(b) Untuk menguatkuasakan hak kami dan/atau memulakan tindakan undang-undang;
(c) Untuk mengenalpasti identiti anda berhubung dengan tujuan pengesanan penipuan;
(d) Untuk membandingkan maklumat, dan mengesahkan dengan pihak-pihak ketiga untuk memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat;
(e) Untuk memproses apa-apa aduan, maklum balas, tindakan penguatkuasaan dan permintaan menurunkan berhubung dengan apa-apa kandungan yang anda muat naik di Portal atau Platform;
(f) Untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan bagi pelaporan dalaman dan statutori dan/atau keperluan penyimpanan rekod;
(g) Untuk menyimpan, hos, menyandarkan data peribadi anda untuk tujuan operasi, undang-undang atau perniagaan;
(h) Untuk berkongsi data peribadi yang berkaitan dengan sebarang cadangan pembelian, penggabungan atau pemerolehan mana-mana bahagian perniagaan kami, dengan syarat kami memenuhi keperluan undang-undang perlindungan data yang terpakai apabila menzahirkan data peribadi anda;
(i) Untuk mengelakkan atau menyiasat apa-apa pelanggaran sebenar atau disyaki melanggar Terma-terma Penggunaan, Dasar Privasi ini, atau mana-mana dasar kami, penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang, peninggalan atau salah laku, sama ada berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda atau perkara lain yang timbul dari hubungan anda dengan kami
(j) Untuk melaksanakan pemeriksaan ketekunan wajar;
(k) Untuk mematuhi keperluan undang-undang (termasuk di mana berkenaan, pemaparan nama anda, butiran hubungan dan butiran syarikat), termasuk permintaan dari penguatkuasaan undang-undang, permintaan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia yang mempunyai bidang kuasa ke atas eVULX, berhubung dengan mana-mana prosiding undang-undang, atau sebaliknya yang kami anggap perlu; dan
(l) Untuk melindungi hayat, kesihatan atau keselamatan peribadi pekerja eVULX, penggunanya dan/atau orang awam.
(18) Untuk penyimpanan rekod dalaman;
(19) Untuk menyesuaikan Portal, Platform atau laman sesawang kami mengikuti minat anda;
(20) Untuk lebih memahami keperluan anda;
(21) Untuk membolehkan ahli/ Pembekal Kandungan kami untuk membekalkan perkhidmatan;
(22) Untuk mentadbir penyertaan anda dalam mana-mana pertandingan atau program yang berkaitan dengan orang awam yang dianjurkan oleh kami;
(23) Untuk menjalankan aktiviti dalaman dan aktiviti perniagaan lain;
(24) Untuk menghantar anda mesej perayaan, promosi dan tawaran khas, atau jemputan acara berdasarkan acara yang terpilih;
(25) Menjalankan:
(a) Tujuan berkaitan dengan fungsi dan/atau aktiviti perniagaan dan/atau acara eVULX;
(b) Keselamatan dan pencegahan penipuan;
(c) Analisis statistik data;
(d) Pemprofilan pilihan anda;
(e) Pemasaran dan promosi langsung masa hadapan kepada anda;
(f) Tadbir urus korporat atau latihan korporat kami;
(g) Jemputan acara berdasarkan acara terpilih yang dicetak dan mematuhi Akta Syarikat 2016;
(26) Mematuhi Akta Syarikat 2016;
(27) Penyertaan dalam penglibatan media dan/ atau mana-mana acara yang berkaitan;
(28) Menyediakan jemputan tetamu, pendaftaran dan/atau pendaftaran untuk acara kami;
(29) Menghantar kepada anda penerbitan dalam talian atau penerbitan fizikal;
(30) Menghantar buletin atau bahan pemasaran dan pengiklanan kepada anda;
(31) Sebarang tujuan lain yang mematuhi obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai;
(32) Menyimpan maklumat dan data peribadi;
(33) Mencipta dan mengekalkan pangkalan data biasa;
(34) Tujuan lain yang berkaitan secara langsung atau tidak dengan perkara di atas.
4.2 Jika anda adalah pengguna atau pelawat di Portal atau Platform atau laman sesawang kami, maklumat dan data peribadi anda yang kami mengumpul daripada anda atau melalui pihak ketiga mungkin digunakan untuk tujuan lain, seperti berikut:
(1) Pemprosesan maklumat dan data peribadi anda;
(2) Menyediakan maklumat dan data peribadi anda kepada ahli dan/atau Pembekal Kandungan kami;
(3) Membekalkan perkhidmatan sokongan untuk Perkhimatan kami untuk anda;
(4) Mengesahkan dan menjalankan transaksi yang berkaitan dengan atau sampingan kepada Perkhidmatan;
(5) Membekalkan Perkhidmatan, termasuk semua perkara yang berkaitan dengan, sampingan dengan, akibat dan/atau berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda, seperti:
- Menunjukkan nama anda, nama pengguna atau profil di Portal dan/atau Platform (termasuk semakan yang anda mungkin paparkan);
- Memudahkan penggunaan aplikasi mini yang sedia ada di Portal dan/atau Platform;
- Memberi maklum balas kepada pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian, sama ada secara langsung melalui Pembekalan Kandungan dan/atau pembekal perkhimatan pihak-pihak ketiga kami;
- Memaparkan di papan skor di Portal dan/atau Platform berhubung dengan kempen, atau apa-apa aktiviti lain;
- Membenarkan pengguna-pengguna lain dan/atau ahli kami dan/atau Pembekal Kandungan untuk mengenal pasti anda sebagai pengguna Perkhidmatan, dan untuk membolehkan anda mencari pengguna-pengguna lain dan untuk berhubung dengan mereka di Portal dan/atau Platform, dan untuk menyokong fungsi menyosialisasi Perkhidmatan (di mana berkenaan); dan
- Memudahkan integrasi program-program ahli setia pihak ketiga dengan Portal dan/atau Platform.
(6) Pemasaran dan pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Membekalkan kepada anda dengan maklumat yang kami anggap berguna atau yang mana anda telah memohon daripada kami;
- Menghantarkan kepada anda maklumat pemasaran dan pengiklanan mengenai produk-produk kami atau pihak ketiga dan perkhidmatan di Portal dan/atau Platform dari semasa ke semasa;
- Membantu kami untuk mengendalikan pemasaran dan pengiklanan; dan
- Mempromosikan Perkhidmatan dan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami, seperti kandungan yang dijana pengguna (termasuk kandungan video) yang anda boleh pilih untuk memuat naik atau menyiarkan di Portal dan/atau Platform dan ia boleh diakses di Internet dan mungkin dikongsi oleh orang awam (yang kemudiannya bukan dalam kawalan kami), sebagai sebahagian kempen pemasaran dan pengiklanan kami untuk mempromosikan Portal dan/atau Platform ini.
(7) Membantu kami untuk:
- Memahami pengguna dan/atau pengguna Portal dan/atau Platform dengan lebih baik; dan
- Mengendalikan proses-proses membuat keputusan secara automatik selaras dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas, yang mana akan dijalankan dengan mematuhi obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai, termasuk memberitahu dan mendapatkan persetujuan anda untuk perkara yang sama (di mana berkenaan).
4.3 Di mana anda adalah seorang ahli/ Pembekal Kandungan, data peribadi yang kami mengumpul daripada anda atau melalui pihak ketiga mungkin digunakan untuk tujuan lain, seperti berikut:
(1) Pembekalan Perkhidmatan, termasuk semua perkara berkaitan dengan, sampingan dengan, akibat dan/atau berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda seperti:
- Menyenaraikan perkhidmatan anda;
- Menunjukkan nama ada, nama pengguna atau profil di Portal dan/atau Platform;
- Menyediakan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga (contohnya, pengguna Portal dan/atau Platform, sekutu-sekutu kami) atau pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan;
- Memberi maklum balas kepada pertanyaan, maklum balas, tuntutan atau pertikaian, sama ada secara langsung atau melalui pembekal dan/atau ejen perkhimatan pihak ketiga kami;
- Mengesahkan dokumen yang anda telah hantar kepada kami untuk memudahkan penyediaan Perkhidmatan;
(2) Pemasaran dan pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Menghantar maklumat pemasaran dan pengiklanan mengenai produk-produk dan perkhidmatan kami atau pihak ketiga di Platform kami atau perkhidmatan yang mungkin dibekalkan oleh sekutu-sekutu kami dari semasa ke semasa; dan
- Membantu kami mengendalikan pemasaran dan pengiklanan.
(3) Membantu kita untuk:
- Memahami pengguna kita dan/atau Pembekal Kandungan dengan lebih baik; dan
- Menjalankan proses-proses automatik selaras dengan mana-mana tujuan ini, yang mana akan dijalankan dengan mematuhi obligasi kami.
4.4 Kami mungkin menzahirkan dan/atau berkongsi maklumat dan data peribadi anda dengan dan/atau memindah maklumat peribadi anda dengan sekutu-sekutu kami dan/atau pihak ketiga dan/atau pihak berkuasa untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Pihak sekutu-kutu atau pihak ketiga atau pihak berkuasa, yang mungkin berada di dalam Malaysia atau di luar negara.
4.5 Sekiranya kami menzahirkan maklumat dan data peribadi anda kepada pihak-pihak sekutu-sekutu dan/atau ketiga kami, kami berikhtiar untuk menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan pihak-pihak sekutu-sekutu dan/atau ketiga kami menjaga keselamatan maklumat peribadi anda dari akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemprosesan tanpa kebenaran atau risiko-risiko yang serupa dan mengekalkan maklumat peribadi anda hanya sepanjang maklumat peribadi anda diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
4.6. Anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima dan bersetuju untuk memmindahkan atau mengizinkan pemindahan maklumat dan data peribadi anda ke luar negara untuk apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Sekiranya maklumat dan data peribadi anda dipindahkan ke luar negara, kami berikhtiar untuk menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan pemindahan tersebut mematuhi undang-undang yang terpakai dan standard yang terpakai di negara yang relevan tersebut, mempunyai standard yang setara dengan undang-undang privasi data di Malaysia.
4.7 Kami mungkin berkongsi maklumat dan data privasi anda dengan pihak-pihak sekutu-sekutu dan/atau ketiga, atau pembekalan perkhidmatan atau Pembekalan Kandungan atau pengguna (yang mana berkenaan atau mengikuti kes yang mungkin berlaku) bersempena dengan penggunaan Portal atau Platform, atau Perkhidmatan kami oleh anda. Penerimaan dan penggunaan perkhidmatan pembekal-pembekal perkhidmatan sekutu-sekutu atau pihak ketiga kami oleh anda adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sepertimana yang akan dipersetujui antara anda dengan pembekal perkhidmatan sekutu atau pihak ketiga kami. Selepas penerimaan penawaran perkhidmatan oleh pembekal perkhidmatan pihak sekutu atau ketiga kami, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyimpanan, pemindahan dan pemprosesan maklumat dan data anda (termasuk data peribadi dan data-data lain yang kami zahirkan kepada pembekal perkhidmatan pihak sekutu atau ketiga kami) adalah tertakluk kepada dasar privasi pembekal perkhidmatan pihak sekutu atau ketiga kami yang terpakai. Anda setuju bahawa sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan pihak sekutu atau ketiga kami patut ditujukan kepada pihak yang dinamakan di dalam dasar privasi berkenaan.
- Penarikbalikan Persetujuan
5.1 Anda boleh menyampaikan penarikbalikan persetujuan anda kepada penggunaan yang berterusan, penzahiran, penyimpanan dan/atau pemprosesan maklumat dan data peribadi anda dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan di bawah ruangan “Butiran Perhubungan Kami”, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dan/atau had yang dikenakan oleh undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai.
5.2 Sila ambil maklum bahawa jika anda menyampaikan penarikbalikan persetujuan kepada penggunaan, penzahiran, penyimpanan atau pemprosesan maklumat dan data peribadi anda bagi tujuan dan dalam cara seperti yang dinyatakan di atas, atau menggunakan hak anda yang sedia ada di bawah undang-undang tempatan yang terpakai, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus membekalkan Perkhidmatan kepada anda atau melaksanakan mana-mana kontrak kami dengan anda, dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya kami tidak terus membekalkan produk-produk dan Perkhidmatan kepada anda, atau melaksanakan kontrak dengan anda. Kami secara nyata merizabkan hak undang-undang dan remedi kami dalam situasi seperti ini.
Informasi Pemasaran dan Pengiklanan
5.3 Anda boleh berhenti dari menerima maklumat pemasaran dan pengiklanan pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi menghentikan langganan dalam bahan pemasaran dan pengiklanan elektronik.
- Mengemaskini Data Peribadi Anda
6.1 Ia adalah penting bahawa data peribadi yang anda bekalkan kepada kami adalah tepat dan lengkap untuk anda untuk terus menggunakan Portal dan/atau Platform dan bagi kami membekalkan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab dengan sepenuhnya untuk:
(a) Memastikan bahawa data peribadi yang dibekalkan oleh anda adalah tepat dan lengkap; dan
(b) Memaklumkan kami mengenai perubahan-perubahan kepada data peribadi anda, atau sekiranya anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami ada adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau ketinggalan zaman.
6.2 Anda boleh mengemaskini data peribadi anda pada bila-bila masa di Portal dan/atau Platform.
6.3 Anda juga boleh memohon untuk membetulkan sebarang kesilapan atau peninggalan dalam data peribadi anda yang kami telah kumpul dengan cara yang sama. Untuk memudahkan pemprosesan permohonan anda, kami mungkin perlu meminta maklumat lanjut mengenai permohonan anda. Kami mempunyai budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mengenakan terma-terma dan syarat-syarat tertentu ke atas anda (termasuk hak kami untuk mengenakan yuran pentadbiran yang munasabah bagi mendapatkan kembali rekod data perbadi anda) sebelum mengambil tindakan selanjutnya ke atas permohonan anda dan/atau menolak untuk mengambil apa-apa langkah seperti yang dipohon oleh anda jika permohonan anda pada pendapat kami adalah tidak munasabah.
- Keselamatan
7.1 Kami berusaha melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami. Anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah penyimpanan elektronik adalah benar-benar selamat. Keselamatan data peribadi anda tidak boleh dijamin. Anda adalah bertanggungjawab dengan sepenuhnya untuk berhati-hati berkenaan dengan perkongsian data peribadi anda dan butiran pengesahan / keselamatan anda (seperti kata laluan, butiran kad kredit, butiran transaksi) di dalam dan luar Portal / Platform / Perkhidmatan kami.
7.2 Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, pemprosesan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan, kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian yang tidak diberikuasa atau risiko yang serupa sepanjang penggunaan Portal dan/atau Platform dan/atau Perkhidmatan kami oleh anda, anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai, cukup dan memadai berikut:
Kami mengambil serius tentang keselamatan maklumat anda. Untuk tujuan ini, kami menggunakan beberapa teknik keselamatan termasuk pelayan selamat, tembok api dan penyulitan, serta perlindungan fizikal lokasi tempat data disimpan. Kami mempunyai langkah pentadbiran, teknikal, perlindungan fizikal dan keselamatan yang sesuai untuk melindungi data peribadi yang anda berikan kepada kami daripada kehilangan, kemusnahan, kerosakan, pengubahan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan sebarang bentuk pemprosesan lain yang menyalahi undang-undang . Apabila kami mengumpul data, kami mengumpul butiran peribadi anda pada pelayan selamat. Kami menggunakan tembok api pada pelayan kami. Walaupun kami tidak dapat menjamin keselamatan 100%, ini menyukarkan penggodam untuk menyahsulit butiran anda. Kami mengekalkan perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan dan pendedahan maklumat anda. Prosedur keselamatan kami bermakna kami kadang-kadang meminta bukti identiti sebelum kami mendedahkan maklumat peribadi kepada anda. Anda bertanggungjawab untuk melindungi daripada akses tanpa kebenaran kepada kata laluan anda dan kepada komputer anda.
- Pengekalan
8.1 Kami hanya akan mengekalkan maklumat dan data peribadi anda selama yang kami diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang atau seperti relevan bagi tujuan ia dikumpul dan/atau diproses.
8.2 Kami akan berhenti untuk mengekal data peribadi anda dengan melupuskannya dengan selamat, atau memadamkan cara-cara olehnya data tersebut yang boleh dikaitkan dengan anda dengan tidak mengenal pasti anda secara individu, sebaik sahaja ia adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa pengekalan itu tidak lagi memenuhi tujuan baginya data peribadi dikumpulkan, dan tidak lagi perlu bagi apa-apa tujuan undang-undang atau perniagaan.
- Orang yang Bawah Umur
9.1 eVULX tidak membenarkan orang yang bawah umur untuk menggunakan Portal dan/atau Platform kami, dan tidak berniat untuk membekalkan apa-apa Perkhidmatan kepada orang yang bawah umur. Kami tidak secara sengaja mengumpul dan/atau memproses apa-apa data peribadi yang berkenaan dengan orang yang bawah umur.
9.2 Anda dengan ini mengesahkan dan menjamin bahawa anda adalah melebihi umur majoriti dan anda mampu memahami dan menerima terma-terma dalam Dasar Privasi ini. Jika anda adalah di bawah umur, anda boleh menggunakan Portal dan/atau Platform kami HANYA dengan (a) persetujuan dan/atau pengizinan ibu bapa atau penjaga; dan (b) di bawah penyeliaan ibu bapa atau penjaga.
9.3 Sebagai ibu bapa atau pejaga, ia adalah tanggunjawab anda sepenuhnya untuk jangan membenarkan orang yang bawah umur dalam penjagaan anda menyerahkan data peribadi kepada eVULX. Sekiranya data peribadi orang yang bawah umur dizahirkan kepada eVULX, anda telah tanpa syarat dan dengan nyata menerima and bersetuju dengan pemprosesan data peribadi orang yang bawah umur itu dan menerima dan bersetuju untuk terikat oleh Dasar Privasi ini dan bertanggungjawab atas tindakannya. Kami tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan apa-apa Perkhidmatan di Portal dan/atau Platform yang tidak diberikuasa oleh diri anda, pengguna-pengguna yang bertindak bagi anda atau sesiapa yang tidak diberikuasa. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk membuat keputusan anda sendiri mengenai penggunaan Perkhidmatan di Portal dan/atau Platform dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan dan/atau penggunaan Portal dan/atau Platform kami.
- Laman Sesawang Pihak Ketiga
10.1 Portal, Platform atau laman sesawang mungkin mengandungi pautan-pautan ke laman-laman sesawang lain yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain, seperti sekutu-sekutu perniagaan, penjual-penjual atau pintu masuk kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi laman-laman sesawang yang dikendalikan oleh pihak-pihak tersebut. Anda dinasihatkan supaya menyemak amalan dasar privasi laman-laman sesawang ini untuk mengenalpasti cara mereka mengendalikan apa-apa maklumat yang dikumpul daripada anda.
10.2 Sila ambil maklum bahawa walaupun pihak ketiga bersekutu dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman web pihak ketiga ini, yang setiap satu daripadanya mungkin mempunyai privasi dan amalan pengumpulan data mereka sendiri yang berasingan dan bebas daripada kami. Oleh itu, kami tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti terhadap kandungan, pengaturan keselamatan (atau kekurangannya) dan aktiviti-aktiviti laman web yang dipautkan tersebut. Laman web berpaut tersebut hanya untuk kemudahan anda dan oleh itu, anda mengaksesnya atas risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami mencuba untuk melindungi integriti Platform kami dan pautan yang diletakkan atas setiap satu mereka dan oleh itu mengalu-alukan mana-mana maklum balas tentang laman web berpaut tersebut (termasuk, tanpa had, jika mana-mana pautan tertentu tidak berfungsi)
- Butiran Hubungan Kami
11.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, maklum balas, kebimbangan, cadangan atau aduan atau pertanyaan tentang Notis atau Dasar Polisi ini atau selainnya mengenai penyalahgunaan atau disyaki disalah guna ke atas data peribadi anda, sila hubungi kami di info@evulx.com.
- Lain-lain
12.1 Tiada apa-apa dalam Notis ini akan menghadkan hak kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Di mana
- Anda adalah sebuah perkongsian atau badan perseorangan yang tidak diperbadankan, pemberian Notis ini yang dialamatkan kepada perkongsian atau badan perseorangan yang tidak diperbadankan tersebut adalah dianggap sebagai notis yang diberikan kepada semua rakan kongsi atau pemegang jawatan (mengikut mana berkenaan) tersebut yang mana data dikumpul dan/atau diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini. Dalam hal ini, anda menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan semua individu tersebut tentang penyediaan data mereka kepada kami untuk menzahirkan kepada pihak-pihak tersebut sebagaimana yang dinyatakan di atas dan anda mengakujanji untuk memberikan sesalinan Notis ini kepada semua individu tersebut, di mana ungkapan hendaklah termasuk semua rakan kongsi atau pemegang jawatan yang sedia ada (mengikut mana yang berkenaan) dari semasa ke semasa;
- Anda adalah sebuah syarikat atau perbadanan, pemberian Notis ini yang dialamatkan kepada syarikat atau perbadanan tersebut adalah dianggap sebagai notis yang diberikan kepada semua pengarah atau pemegang saham (mengikut mana berkenaan) tersebut yang mana data dikumpul dan/atau diproses oleh kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini. Dalam hal ini, anda menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan semua individu tersebut tentang penyediaan data mereka kepada kami untuk menzahirkan kepada pihak-pihak tersebut sebagaimana yang dinyatakan di atas dan anda mengakujanji untuk memberikan sesalinan Notis ini kepada semua individu tersebut, di mana ungkapan hendaklah termasuk semua pengarah atau pemegang saham yang sedia ada (mengikut mana yang berkenaan) dari semasa ke semasa.
12.3 Selain daripada pengguna Portal dan/atau Platform, Notis ini hendaklah juga terpakai (sebagaimana yang dikehendaki konteks) berkenaan dengan penggunaan, pemprosesan dan penzahiran data mana-mana individu lain yang bukan pengguna kami tetapi yang mana data diperlukan untuk dikumpulkan oleh kami atas sebab, atau sampingan kepada penyediaan Perkhimatan kami, sama ada orang tersebut merupakan individu yang lain atau sebuah syarikat, entiti perniagaan atau organisasi. Dalam hal ini, anda mengesahkan dan menjamin bahawa anda (a) telah mendapatkan persetujuan individu-individu tersebut untuk penyediaan data tersebut kepada kami bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan sebelum ini serta untuk pendedahan kepada pihak-pihak tersebut sepertimana yang dinyatakan di atas; dan (b) telah memaklumkan individu-individu tersebut mengenai terma-terma dan syarat-syarat Dasar Privasi ini.
Notis Privasi ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.